Friday 16 December 2011

Ubah minda ubah sikap kepada yg positif - jadikan budaya......

Salam buat semua tersayang.....mama masuk kali ini untuk ingat mengingati dan curahkan apa yg mama bisa lalui dalam hidup ini........

Pertama kali utk memprogram semula fikiran, kehendak, hala tuju,  juga  kejayaan hidup ini, kita perlu memprogramkan otak ( minda) dan hati kita (MINHA).  Ya seprti yg kita semua ketahui dan sedia maklum, masyarakat Melayu banyak pantang larang, itu boleh ini tak boleh, jangan buat itu jangan buat ini, maka akhirnya kita menjadikan diri ini serba tak menjadi dan serba tak boleh.  Percaya atau tidak kata-kata mama ini bisa fren2 dan anak-anak fikirlah sendiri, tepuk dada tanya naluri & tanya peribadi.......Ingat kalau ingin berjaya dgn memprogram semula minda dan hati ini (MINHA), beras secupak akan menjadi segantang, insyaAllah. 

Kita kena set dalam  fikiran kita apa yang kita MAHU.   Berjaya dlm perniagaan, berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan dll.   Kena pasang angan-angan mat jenin dari kanak-kanak lagi.  Mama mithalnya dari kecil minat melukis dan mama akan melukis apa aje yg terlintas di kepala, imaginasi inilah yg akan membentuk peribadi dan kehidupan.....Dizaman kanak-kanak juga tatkala lalu aja  tuan estate ('Mat salleh") mama akan bangun berdiri bersama rakan sepermainan dan  ucap ' Tabik Tuan' sekuat hati sbb  Tuan berada dlm keretanya.... ketika  tuan tanah itu lalu nak ke Estatenya -  rupa-rupanye mama dapat apa yg mama tabik, ya jadilah seorang anggota dlm pasukan  Pasukan Polis DiRaja Malaysia....yg amat mama kagumi dan bangga  sekali kerana dapat berkhidmat untuk negara dengan patuh pada Peraturan, Disiplin diri dan amanah dipikul.  "Berkhidmat dengan penuh Disiplin" itu slogan keramat buat Pasukan Polis DiRaja Malaysia. 

Kita kena berangan-angan untuk menjadi KAYA, bayangkan $$$$$$$  sini  $$$$$$$ sana insyallah, dapat, diiringi dengan doa kehadrat ILLAHI.   Set diminda kita suatu hari kelak bila aku telah berkerja aku akan simpan $$$$$$$$ sebanyaknye yg termampu, 10% dari gaji, syukur alhamdullillah.  Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.  

Bercakap dengan diri sendiri (kendiri) -Cabaran,penguasaan & penyelesaian adalah perkataan-perkataan yang menjadi peggangan hidup saya saban hari-- Cabaran adalah   Peluang, Menguasainya adalah hasil yg pasti berlaku, Penyelesaian adalah batu loncatan kepada  kejayaan  dan Kemenangan adalah cara hidup saya.  

Bagi memprogram semula minda kita, buang sifat negatif & fikir yg positif  - Aku Boleh!, Malaysia Boleh!, Pasti Boleh!...dihujung jalan hasilnya kita perolehi apa yg kita MAHU.    Untuk mencapai sesuatu objektif dlm apa jua  sekali pun, bagitau otak kita apa yg kita hendak buat sekali, dua kali, malah beratus kali  sbb otak manusia memprogram yg baru dan akan lupus pemberitahu yg lama secara otomatik, itu kerja otak.  

Saya tidak akan membenarkan sesiapapun pada bila-bila masa  menguasai atau bertanggungjawab ke atas diri saya.  Tanggungjawab saya ke atas orang lain adalah tambahan kepada tanggungajawab ke atas diri saya sendiri.....kata-kata ajaib yang mampu merubah penguasaan diri kita, Penguasaan dalam kerjaya dll.

Walaupun saya sentiasa berusaha memperbaiki diri saya dan saya menjadi lebih baik setiap hari dan esok apabila saya lebih baik lagi saya akan suka akan diri ini...amin.

Saya memiliki banyak kualiti dalam diri saya, saya mempunyai bakat, kemahiran & keupayaan, malah saya mempunyai bakat yg belum saya temui, dan saya menemui  bakat-bakat baru dlm diri saya sepanjang masa......................

Saya sudah pun melakukan yg terbaik setakat ini & baru saja bermula....INSYALLAH maju jaya dengan diriingi DOA  pada ILLAHI moga  mendapat RahmatNYA  amin yarobal  'alamin.

Insyaallah....ucaplah apa yg mama bentang diatas itu buat panduan fren2 dan anak2 sekalian.   Jumpa & jumpa lagi.   Terima kasih kerna beri sedikit waktu menjengguk mama, moga mendapat manfaat sesama kita   .............amin.

Wednesday 14 December 2011

Asalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh............

Salam kenalan kepada yang jengguk paparan ni.............bukan apa sy cuma berkongsi cerita je kalau-kalau ada yg minat.   Saya cuma mencari bahagia di penghujung hidup ini, bukan apa cuma ingin berpesan pada semua dan diri sendiri agar hidup yg kita lalui selama ini mendapat keredaan ILLAHI.   Setelah menempuh laluan berliku dan ranjau sepanjang perjalanan pekerjaan yg lalu sebagai anggota keselamatan, memelihara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi negara, bangsa dan agama, kini sy telah bersara wajib.

Betul juga kata orang  'alah bisa tegal biasa' .  Setelah 34 tahun dididik dilatih bagi mengenali selok belok tugas yg memerlukan perhatian dan ketahan fizikal dan mental waduuh kena le kita buat kerja betul betul dengan sepenuh jiwa.  Yang mana sehingga ke penghujung usia pun masih mampu melatih diri dengan disiplin yg dipelajari........setiap yg dilakukan perlu peraturan jadi terbawa-bawalah sikap itu sehingga kini sudah menjadi tabiat kata orang.   Ya dalam hidup kena berdisplin kalau tidak kucar kacir jadi nya.   Kena ada perancangan atau planning kata orang barat ' If You fail to plan, You are planning to Fail'  

Walaupun diusia senja, syukur ke hadrat ILLAHI kerna dikurniakan cayahamata putra dan putriku yg berjaya
 dalam alam persekolahan dan pekerjaan.  Syukur alhamdullillah.....   Untuk apa lagi dicari diusia senja ini ....hanya yg ku inginkan adalah untuk ke Rumah Mu ya ALLAH  dan menhabiskan sisa sisa hidup dikellilingi cucu-cucu yg tercinta.  Sy mencari bahagia......ya bahagia akan dirasai jika hati tenang dan sentiasa berfikiran positif.   Sy ingin berpesan bila melakukan sesuatu pekerjaan itu lakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, agar apa yang kita perolehi hasilnya dipenhujung hari itu membuat kita senyum.

Salam perpisahan,   sehingga disini  sy  mendoakan kebahgiaan buat semua,   SALAM SAYANG.

Sunday 11 December 2011