Friday 3 February 2012

Aidid Mu'addib: I Think I Smell A Rat

Aidid Mu'addib: I Think I Smell A Rat: Ada adik ni tanya aku pasal SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA... what do I think about it? Aku cakep, I think I smell a rat, oh I think I smell a...

Monday 30 January 2012

Nasyid Terpilih: Inteam - Segenggam Tabah

Nasyid Terpilih: Inteam - Segenggam Tabah: "Bagaikan camar pulang senja, patah sayapnya tetap terbang jua. Sekedar secicip rezeki buat yang sedang rindu menanti. Segenggam tabah di...

Monday 9 January 2012

Apa dapat setelah merusuh

Salam di pagi yg sunyi sepi...... 9.1.2012........mama kat umah aje, jengok2 fb tuk berita terkini dari PDRM yg buat liputan di tempat kejadian (Demo bebas ANUAR), sebagai pemerhati akan tindak tanduk  anak2 selepas Merdeka!!!! tapi di Perkarangan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur....wauuuuw....mama tengok cam berpesta kalau mama ada kat sana sure mama yg pensan dulu.  Tentu sekali umat kat sana pagi pagi lagi dah sampai...sempat ke solat Subuh!!!? buat solat Hajat ke!!....kata nak sambut sampai 100K  tapi rasa beh kurang 3 K aje kot yg ada, yg ramai "wartawan dengan kemeranya", kakitangan Mahkamah, Pihak PDRM yg bertugas yang memeriahkan suasana...ada jugak kawasan tanah yg x dipenuhi umat.  Kekadang mama renong2..........hairan meka ni nak apa lagi...biarlah Si DSAI tu gi bicara dengan aman.....sampai tepat masa...habis bicara hati senang....aaaa tepat jam 9.++ pagi dah bebaspun.   Ni mesti ada agenda lain...mungkin agenda politik, nak bagi rakyat marhain tengok yg kepimpinan DSAI masih lagi ada pengikut yg setia, masih relevan?????.   

Mama x kisahlah nak sokong sesiapa, nak benci sesiapa.......prinsip demokrasi....jangan dia mau dikerasi dah!!!! dan jangan tambah dosa lagi, dosa yang lama pun tak selesai lagi .....kita kan ada akal dan dengan fikiran yg waras kita fikir2kanlah.  Ada mata - tengok, ada telinga -dengar,  ada hati - berdoa pada Illahi moga diberi pertunjukNya kepada  kita Warga Malaysia.   Mama dah lalui zaman demonstrasi seperti ini pada akhir tahun  1974 dan awal 1975 di mana masa itu DSAI masih di Universiti....dialah Hero ketika itu.......puas meka telan gas pemedih mata....bertempiaran lari -takut jugak, puas meke bersengkang mata tak tidur, bukan di katil bilik masing2...di celah2 rumah orang lak tu...kacau orang kampong tu tidur je......meke guna lastik ball bering lagi untuk zooom kat FRU, terkena helmet FRU!!!!,  mama ada ketika itu (malam) di kawasan Hj. Abdullah Hukum.....fuhhh bila diingatkan kembali peristiwa itu boleh dibuat rumusan......kecewa,buang duit rakyat,buang masa semua orang, nasib baik mama masih single masa tu-malam dah cam siang, siang dah jadi cam malam lak ...meke tak menghargai masa - masa itu emas buat semua termasuk mereka yg  bergelar  Mahasiswa/Mahasiswi.    Entah berapa ramai   Mahasiswa/Mahasiswi yg telah dipecat dari Universiti Malaya, Universiti Pertanian (Universiti Putra sekarang) dan lain2  wallah hu'alambisawab.   Rugikan?  anak siapa ?  Orang Melayu juga!!!   Sakit jiwa ini...bukan senang nak puaskan semua pihak.   Mama setuju sekali kata2 mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahadzir Mohamad.......'MELAYU MUDAH LUPA'  yang dikatakan Melayu tu tak nyanyok tapi terlupa asalusul.  Tapi mama tak lupa sebab itulah cabaran pertama  dalam kerjaya mama sebagai seorang anggota PDRM  (FRU dari tahun 1974 hingga 1980).   Pada anak2ku dan Shbt 2 ku, perlu tahu yang meke dilahir antara tahun itu...tidak merasai suasana peritjerih yg mama dan pasukan lalui.  Mama rasa segala2nya.....aduh rasa  nak buang jauh2 dari ingatan ini, tapi x boleh 'delete' sebab komputer mama (kepala otak ini) direfresh bila kejadian serupa diulangi generasi selepas mama, mana mungkin boleh padam sebegitu mudah dari ingatan kita.   Malah mama akan kenang sampai mati segala yang mama lalui itu...sebab mama x boleh terima hakikatnya.  'Ya ALLAH, Kau berilah pertunjuk dan HidayahMu kepada ku dan kepada sekelian umat Muhammad saw.......mama hanya mampu berdoa siang malam agar bumi tempat tumpah darah kita ini  di PeliharaNYA dari sebarang musibah dan kecelakaaan.....amin.   Selamatkan Malaysia, tanah airku yang kucintai.   "Ya ALLAH iringlah daku sujut penuh hasabah, Maha suci ALLAH perkenankan doaku"  "Ya ALLAH, Ya ALLAH peliaharalah pemimpin2 kami, peliharalah bumi tanah air kami, di mana bumi dipijak di situ langit kami junjung"  Subhanallah Walhamdullillah walailahaillallah.......ALLHUAKHBAR.


Friday 6 January 2012

Nasihat si nenek kebayan.....

Asalaam mu'alaikum warohmatullaah hiwabarokatuh....salam kasihsyg buat semua anak2ku serta cucucicitku, jgn lupa jengok2lah mama....nenek di teratak desamas nenek kebayan mu!!!!

Duhai anak2ku kalian,

Wbmpun...mama tetap ingat semua dalam doa setiap hari dan waktu yg sama dengannya buat kalian keluarga dan frens2 yg setia menjengok kat tingkap ini, mama ucapkan selamat  dan bahagia di beri ILLAHI pada kalian...........

Jom mama nak berceloteh sket, sebab  aini rasa sehat sket..... kalau nak dengar ha ha ha ha !!!!!   Kepada anak2 cucucicit dan sht handai yg mama kasihi, mama ingin berpesan, seandaianya inginkan BAHAGIA hidup seharian kita di muka bumi ALLAH ini, kenalah kita bahagiakan ibu dan bapa kita dulu, baru ALLAH isikan jiwa kita dgn KEBAHAGIAAN.  Erti BAHAGIA itu sendiri amat luas maknanya.....Jika di sudut hati kecil kita selesa dan amat tenang sekali bila berada di sampingnya dan apabila ia jauh di mata terasa gundah gulana, 'jiwa rasa gelora' kata allahyarham Tan Sri P. Ramlee.........itulah namanya BAHAGIA.  Bila kita dapat menolong sesiapa saja yg dalam kepayahan, kesakitan, kesedihan dan sebagainya walaupun hanya sebesar/sekecil mana sekalipun pertolongan itu, ALLAH menilaikannya dan  IA memberi HIDAYAHNYA apabila kita merasi nikmatnya...........pernah kalian rasa gitu???.    Bukan senang nak dpt rasa sedemikian rupa untuk ALLAH semaikan di sudut hati kecil kita.  Hati kita kena sebersih dan sesuci salju.  Setiap apa yang kita lakukan biarlah ikhlas dan biarlah rahsia..... Kepada anak2ku, cucucicitku,  frens  dn shbthandaiku  sekelian yg masih ada kedua2nya (ibubapa) kenalah bersyukur sbb ALLAH akan menguji tahap ketaatan kita kpd mereka. Setiap ujian dari ILLAHI itu bermakna kita amat dekat di sisiNYA ...bertaqwalah.   Pahala melimpah ruah diberi ALLAH kepada anak yg soleh dan solehah di dunia ini dan juga di akhirat kelak.    

Hargailah ibubapa yg dikasihi selagi mereka masih ada di sisi..........apabila ALLAH menjemput mereka kembali kepadaNYA, sudah terlambat untuk berbakti......Hargailah sesuatu itu pabila ia ada pada kita (tak kiralah apa-apapun), samada harta, keluarga atau kesihatan kita sekalipun,  sebab jika ia sudah tiada ataupun bermasalah, terlepas dari genggaman kita, sudah terlambat untuk...untuk kita menyesali, keluar air mata darah sekalipun tidak guna lagi.....masa itu baru kita rasai akan kehilangannya.............segala kebaikannya, susahpayah ibubapa  membesarkan kita di dunia fana ini.....semuanya sudah terlambat ..........nasi sudah menjadi bubur yang dah basi lak tu.......fikir2laaah!!!!!!
Kasihlah sesama insan, terutama sesama seugama dgn kita.......ISLAM.    Jaga diri sendiri supaya tidak dimurkai ILLAH....jadikanlah solat lima waktu sehari semalam satu hobi......memperkasakan peribadi serta jatidiri......moga hidup ini sentiasa diRahmati ILLAHI....itu yang kita cari.    Hidup ini amat pendek sekali di dunia ini yang dipinjamkan ALLAH untuk kita melihat dan menghargai setiap kejadianNYA.   Mashaallah,........Maha Suci ALLAH.........amat banyak limpah kurnia kasihNYA dan sayangNya kepada kita.........rasa kerdil diri ini di sisiNYA.......na'uzubillah!!!!!!!Subhanallah Walhamdullillaah Wala illaaha illaah ALLAHUAKHBAR!!!!.   AamIIin  Yarobal'alamiiin.
Nenek kebayan dah penaat, nak rehat dulu.........sehingga jumpa lagi jika dipanjangkan usia jumpa dan jumpa lagi.................amin. 

Monday 2 January 2012

MENGAPA MATLAMAT HIDUP (GOALS) TIDAK MUDAH TERCAPAI

Dibawah ini diperturunkan beberapa panduan dan tunjuk ajar yg mama ikut di fb Datuk Dr. Maznah Hamid (Iron Lady).  Idola mama dlm urusan seharian dan business keluarga.  Mari kita follow kata2 hikmat dari dia yang mama sempat catat buat renungan bersama.

Mengapa matlamat yg kita program tidak pernah tercapai?

Penyebab kegagalan matlamat hidup adalah sepertimana berikut:-

a)       Tidak ditulis secara hitamputih.

b)       Tidak tahu kepentingan matlamat & bagaimana hendak merancangnya.

c)        Tidak yakin akan kebolehan diri sendiri.  Low profile

d)        Berfikiran negatif yg mana menjadi penghalang setiap pencapaian matlamat.

e)        Menjadi mangsa kepada perasaan takut.  

f)         Tiada sebarang usaha yg gigih terhadap sesuatu tindakan yg dibuat.

g)         Tidak berani berhadapan dgn slogan :  "dare to be different"

h)         Kita kena "think Big" jika tidak kita masih ditakok lama jua.

i)          Gagal mengubah konsep untuk mengatur strategi...transformasi  yeh transfomasi!

j)          Tidak akur akan keupayaan diri sendiri.     

Mudah2an dengan apa yg tercatat oleh mama akan menjadi garis panduan buat kita menentukan matlamat hidup maupun sebarang perancangan masa depan buat diri sendiri maupun keluarga.  Bagi tahun baru 2012 yg baru kita lalui ini masih tidak terlambat untuk kita mengatur strategi dan langkah pertama dalam memprogramkan  matlamat kita.   

Rancang terlebih dahulu untuk kita mendapat hasil yg memuaskan.   Transform kehidupan kita sesuai dgn  keupayaan diri,  keluarga dan suasana sekitar.    Syabas kepada yg berjaya dan kepada yg baru bermula mama harap pesanan diatas akan menjadi panduan yg bermakna.  Awas jangan lupa merancang  awal supaya  matlamat kita akan berhasil dengan memuaskan sepertimana yang  dirancang.    INSYAALLAH.........