Friday, 3 February 2012
Aidid Mu'addib: I Think I Smell A Rat
Aidid Mu'addib: I Think I Smell A Rat: Ada adik ni tanya aku pasal SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA... what do I think about it? Aku cakep, I think I smell a rat, oh I think I smell a...
Tuesday, 31 January 2012
It's me...m.ningtiyas: Membuat Bunga Stocking
It's me...m.ningtiyas: Membuat Bunga Stocking: Mudah membuatnya, jika saya bisa anda pasti juga bisa. Selamat mencoba ^_^
Monday, 30 January 2012
Nasyid Terpilih: Inteam - Segenggam Tabah
Nasyid Terpilih: Inteam - Segenggam Tabah: "Bagaikan camar pulang senja, patah sayapnya tetap terbang jua. Sekedar secicip rezeki buat yang sedang rindu menanti. Segenggam tabah di...
Tuesday, 10 January 2012
Monday, 9 January 2012
Apa dapat setelah merusuh
Salam di pagi yg sunyi sepi...... 9.1.2012........mama kat umah aje, jengok2 fb tuk berita terkini dari PDRM yg buat liputan di tempat kejadian (Demo bebas ANUAR), sebagai pemerhati akan tindak tanduk anak2 selepas Merdeka!!!! tapi di Perkarangan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur....wauuuuw....mama tengok cam berpesta kalau mama ada kat sana sure mama yg pensan dulu. Tentu sekali umat kat sana pagi pagi lagi dah sampai...sempat ke solat Subuh!!!? buat solat Hajat ke!!....kata nak sambut sampai 100K tapi rasa beh kurang 3 K aje kot yg ada, yg ramai "wartawan dengan kemeranya", kakitangan Mahkamah, Pihak PDRM yg bertugas yang memeriahkan suasana...ada jugak kawasan tanah yg x dipenuhi umat. Kekadang mama renong2..........hairan meka ni nak apa lagi...biarlah Si DSAI tu gi bicara dengan aman.....sampai tepat masa...habis bicara hati senang....aaaa tepat jam 9.++ pagi dah bebaspun. Ni mesti ada agenda lain...mungkin agenda politik, nak bagi rakyat marhain tengok yg kepimpinan DSAI masih lagi ada pengikut yg setia, masih relevan?????.
Mama x kisahlah nak sokong sesiapa, nak benci sesiapa.......prinsip demokrasi....jangan dia mau dikerasi dah!!!! dan jangan tambah dosa lagi, dosa yang lama pun tak selesai lagi .....kita kan ada akal dan dengan fikiran yg waras kita fikir2kanlah. Ada mata - tengok, ada telinga -dengar, ada hati - berdoa pada Illahi moga diberi pertunjukNya kepada kita Warga Malaysia. Mama dah lalui zaman demonstrasi seperti ini pada akhir tahun 1974 dan awal 1975 di mana masa itu DSAI masih di Universiti....dialah Hero ketika itu.......puas meka telan gas pemedih mata....bertempiaran lari -takut jugak, puas meke bersengkang mata tak tidur, bukan di katil bilik masing2...di celah2 rumah orang lak tu...kacau orang kampong tu tidur je......meke guna lastik ball bering lagi untuk zooom kat FRU, terkena helmet FRU!!!!, mama ada ketika itu (malam) di kawasan Hj. Abdullah Hukum.....fuhhh bila diingatkan kembali peristiwa itu boleh dibuat rumusan......kecewa,buang duit rakyat,buang masa semua orang, nasib baik mama masih single masa tu-malam dah cam siang, siang dah jadi cam malam lak ...meke tak menghargai masa - masa itu emas buat semua termasuk mereka yg bergelar Mahasiswa/Mahasiswi. Entah berapa ramai Mahasiswa/Mahasiswi yg telah dipecat dari Universiti Malaya, Universiti Pertanian (Universiti Putra sekarang) dan lain2 wallah hu'alambisawab. Rugikan? anak siapa ? Orang Melayu juga!!! Sakit jiwa ini...bukan senang nak puaskan semua pihak. Mama setuju sekali kata2 mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahadzir Mohamad.......'MELAYU MUDAH LUPA' yang dikatakan Melayu tu tak nyanyok tapi terlupa asalusul. Tapi mama tak lupa sebab itulah cabaran pertama dalam kerjaya mama sebagai seorang anggota PDRM (FRU dari tahun 1974 hingga 1980). Pada anak2ku dan Shbt 2 ku, perlu tahu yang meke dilahir antara tahun itu...tidak merasai suasana peritjerih yg mama dan pasukan lalui. Mama rasa segala2nya.....aduh rasa nak buang jauh2 dari ingatan ini, tapi x boleh 'delete' sebab komputer mama (kepala otak ini) direfresh bila kejadian serupa diulangi generasi selepas mama, mana mungkin boleh padam sebegitu mudah dari ingatan kita. Malah mama akan kenang sampai mati segala yang mama lalui itu...sebab mama x boleh terima hakikatnya. 'Ya ALLAH, Kau berilah pertunjuk dan HidayahMu kepada ku dan kepada sekelian umat Muhammad saw.......mama hanya mampu berdoa siang malam agar bumi tempat tumpah darah kita ini di PeliharaNYA dari sebarang musibah dan kecelakaaan.....amin. Selamatkan Malaysia, tanah airku yang kucintai. "Ya ALLAH iringlah daku sujut penuh hasabah, Maha suci ALLAH perkenankan doaku" "Ya ALLAH, Ya ALLAH peliaharalah pemimpin2 kami, peliharalah bumi tanah air kami, di mana bumi dipijak di situ langit kami junjung" Subhanallah Walhamdullillah walailahaillallah.......ALLHUAKHBAR.
Friday, 6 January 2012
Nasihat si nenek kebayan.....
Asalaam mu'alaikum warohmatullaah hiwabarokatuh....salam kasihsyg buat semua anak2ku serta cucucicitku, jgn lupa jengok2lah mama....nenek di teratak desamas nenek kebayan mu!!!!
Duhai anak2ku kalian,
Wbmpun...mama tetap ingat semua dalam doa setiap hari dan waktu yg sama dengannya buat kalian keluarga dan frens2 yg setia menjengok kat tingkap ini, mama ucapkan selamat dan bahagia di beri ILLAHI pada kalian...........
Jom mama nak berceloteh sket, sebab aini rasa sehat sket..... kalau nak dengar ha ha ha ha !!!!! Kepada anak2 cucucicit dan sht handai yg mama kasihi, mama ingin berpesan, seandaianya inginkan BAHAGIA hidup seharian kita di muka bumi ALLAH ini, kenalah kita bahagiakan ibu dan bapa kita dulu, baru ALLAH isikan jiwa kita dgn KEBAHAGIAAN. Erti BAHAGIA itu sendiri amat luas maknanya.....Jika di sudut hati kecil kita selesa dan amat tenang sekali bila berada di sampingnya dan apabila ia jauh di mata terasa gundah gulana, 'jiwa rasa gelora' kata allahyarham Tan Sri P. Ramlee.........itulah namanya BAHAGIA. Bila kita dapat menolong sesiapa saja yg dalam kepayahan, kesakitan, kesedihan dan sebagainya walaupun hanya sebesar/sekecil mana sekalipun pertolongan itu, ALLAH menilaikannya dan IA memberi HIDAYAHNYA apabila kita merasi nikmatnya...........pernah kalian rasa gitu???. Bukan senang nak dpt rasa sedemikian rupa untuk ALLAH semaikan di sudut hati kecil kita. Hati kita kena sebersih dan sesuci salju. Setiap apa yang kita lakukan biarlah ikhlas dan biarlah rahsia..... Kepada anak2ku, cucucicitku, frens dn shbthandaiku sekelian yg masih ada kedua2nya (ibubapa) kenalah bersyukur sbb ALLAH akan menguji tahap ketaatan kita kpd mereka. Setiap ujian dari ILLAHI itu bermakna kita amat dekat di sisiNYA ...bertaqwalah. Pahala melimpah ruah diberi ALLAH kepada anak yg soleh dan solehah di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Hargailah ibubapa yg dikasihi selagi mereka masih ada di sisi..........apabila ALLAH menjemput mereka kembali kepadaNYA, sudah terlambat untuk berbakti......Hargailah sesuatu itu pabila ia ada pada kita (tak kiralah apa-apapun), samada harta, keluarga atau kesihatan kita sekalipun, sebab jika ia sudah tiada ataupun bermasalah, terlepas dari genggaman kita, sudah terlambat untuk...untuk kita menyesali, keluar air mata darah sekalipun tidak guna lagi.....masa itu baru kita rasai akan kehilangannya.............segala kebaikannya, susahpayah ibubapa membesarkan kita di dunia fana ini.....semuanya sudah terlambat ..........nasi sudah menjadi bubur yang dah basi lak tu.......fikir2laaah!!!!!!
Kasihlah sesama insan, terutama sesama seugama dgn kita.......ISLAM. Jaga diri sendiri supaya tidak dimurkai ILLAH....jadikanlah solat lima waktu sehari semalam satu hobi......memperkasakan peribadi serta jatidiri......moga hidup ini sentiasa diRahmati ILLAHI....itu yang kita cari. Hidup ini amat pendek sekali di dunia ini yang dipinjamkan ALLAH untuk kita melihat dan menghargai setiap kejadianNYA. Mashaallah,........Maha Suci ALLAH.........amat banyak limpah kurnia kasihNYA dan sayangNya kepada kita.........rasa kerdil diri ini di sisiNYA.......na'uzubillah!!!!!!!Subhanallah Walhamdullillaah Wala illaaha illaah ALLAHUAKHBAR!!!!. AamIIin Yarobal'alamiiin.
Nenek kebayan dah penaat, nak rehat dulu.........sehingga jumpa lagi jika dipanjangkan usia jumpa dan jumpa lagi.................amin.
Monday, 2 January 2012
MENGAPA MATLAMAT HIDUP (GOALS) TIDAK MUDAH TERCAPAI
Dibawah ini diperturunkan beberapa panduan dan tunjuk ajar yg mama ikut di fb Datuk Dr. Maznah Hamid (Iron Lady). Idola mama dlm urusan seharian dan business keluarga. Mari kita follow kata2 hikmat dari dia yang mama sempat catat buat renungan bersama.
Mengapa matlamat yg kita program tidak pernah tercapai?
Penyebab kegagalan matlamat hidup adalah sepertimana berikut:-
a) Tidak ditulis secara hitamputih.
b) Tidak tahu kepentingan matlamat & bagaimana hendak merancangnya.
c) Tidak yakin akan kebolehan diri sendiri. Low profile
d) Berfikiran negatif yg mana menjadi penghalang setiap pencapaian matlamat.
e) Menjadi mangsa kepada perasaan takut.
f) Tiada sebarang usaha yg gigih terhadap sesuatu tindakan yg dibuat.
g) Tidak berani berhadapan dgn slogan : "dare to be different"
h) Kita kena "think Big" jika tidak kita masih ditakok lama jua.
i) Gagal mengubah konsep untuk mengatur strategi...transformasi yeh transfomasi!
j) Tidak akur akan keupayaan diri sendiri.
Mudah2an dengan apa yg tercatat oleh mama akan menjadi garis panduan buat kita menentukan matlamat hidup maupun sebarang perancangan masa depan buat diri sendiri maupun keluarga. Bagi tahun baru 2012 yg baru kita lalui ini masih tidak terlambat untuk kita mengatur strategi dan langkah pertama dalam memprogramkan matlamat kita.
Rancang terlebih dahulu untuk kita mendapat hasil yg memuaskan. Transform kehidupan kita sesuai dgn keupayaan diri, keluarga dan suasana sekitar. Syabas kepada yg berjaya dan kepada yg baru bermula mama harap pesanan diatas akan menjadi panduan yg bermakna. Awas jangan lupa merancang awal supaya matlamat kita akan berhasil dengan memuaskan sepertimana yang dirancang. INSYAALLAH.........
Friday, 16 December 2011
Ubah minda ubah sikap kepada yg positif - jadikan budaya......
Salam buat semua tersayang.....mama masuk kali ini untuk ingat mengingati dan curahkan apa yg mama bisa lalui dalam hidup ini........
Pertama kali utk memprogram semula fikiran, kehendak, hala tuju, juga kejayaan hidup ini, kita perlu memprogramkan otak ( minda) dan hati kita (MINHA). Ya seprti yg kita semua ketahui dan sedia maklum, masyarakat Melayu banyak pantang larang, itu boleh ini tak boleh, jangan buat itu jangan buat ini, maka akhirnya kita menjadikan diri ini serba tak menjadi dan serba tak boleh. Percaya atau tidak kata-kata mama ini bisa fren2 dan anak-anak fikirlah sendiri, tepuk dada tanya naluri & tanya peribadi.......Ingat kalau ingin berjaya dgn memprogram semula minda dan hati ini (MINHA), beras secupak akan menjadi segantang, insyaAllah.
Kita kena set dalam fikiran kita apa yang kita MAHU. Berjaya dlm perniagaan, berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan dll. Kena pasang angan-angan mat jenin dari kanak-kanak lagi. Mama mithalnya dari kecil minat melukis dan mama akan melukis apa aje yg terlintas di kepala, imaginasi inilah yg akan membentuk peribadi dan kehidupan.....Dizaman kanak-kanak juga tatkala lalu aja tuan estate ('Mat salleh") mama akan bangun berdiri bersama rakan sepermainan dan ucap ' Tabik Tuan' sekuat hati sbb Tuan berada dlm keretanya.... ketika tuan tanah itu lalu nak ke Estatenya - rupa-rupanye mama dapat apa yg mama tabik, ya jadilah seorang anggota dlm pasukan Pasukan Polis DiRaja Malaysia....yg amat mama kagumi dan bangga sekali kerana dapat berkhidmat untuk negara dengan patuh pada Peraturan, Disiplin diri dan amanah dipikul. "Berkhidmat dengan penuh Disiplin" itu slogan keramat buat Pasukan Polis DiRaja Malaysia.
Kita kena berangan-angan untuk menjadi KAYA, bayangkan $$$$$$$ sini $$$$$$$ sana insyallah, dapat, diiringi dengan doa kehadrat ILLAHI. Set diminda kita suatu hari kelak bila aku telah berkerja aku akan simpan $$$$$$$$ sebanyaknye yg termampu, 10% dari gaji, syukur alhamdullillah. Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.
Bercakap dengan diri sendiri (kendiri) -Cabaran,penguasaan & penyelesaian adalah perkataan-perkataan yang menjadi peggangan hidup saya saban hari-- Cabaran adalah Peluang, Menguasainya adalah hasil yg pasti berlaku, Penyelesaian adalah batu loncatan kepada kejayaan dan Kemenangan adalah cara hidup saya.
Bagi memprogram semula minda kita, buang sifat negatif & fikir yg positif - Aku Boleh!, Malaysia Boleh!, Pasti Boleh!...dihujung jalan hasilnya kita perolehi apa yg kita MAHU. Untuk mencapai sesuatu objektif dlm apa jua sekali pun, bagitau otak kita apa yg kita hendak buat sekali, dua kali, malah beratus kali sbb otak manusia memprogram yg baru dan akan lupus pemberitahu yg lama secara otomatik, itu kerja otak.
Saya tidak akan membenarkan sesiapapun pada bila-bila masa menguasai atau bertanggungjawab ke atas diri saya. Tanggungjawab saya ke atas orang lain adalah tambahan kepada tanggungajawab ke atas diri saya sendiri.....kata-kata ajaib yang mampu merubah penguasaan diri kita, Penguasaan dalam kerjaya dll.
Walaupun saya sentiasa berusaha memperbaiki diri saya dan saya menjadi lebih baik setiap hari dan esok apabila saya lebih baik lagi saya akan suka akan diri ini...amin.
Saya memiliki banyak kualiti dalam diri saya, saya mempunyai bakat, kemahiran & keupayaan, malah saya mempunyai bakat yg belum saya temui, dan saya menemui bakat-bakat baru dlm diri saya sepanjang masa......................
Saya sudah pun melakukan yg terbaik setakat ini & baru saja bermula....INSYALLAH maju jaya dengan diriingi DOA pada ILLAHI moga mendapat RahmatNYA amin yarobal 'alamin.
Insyaallah....ucaplah apa yg mama bentang diatas itu buat panduan fren2 dan anak2 sekalian. Jumpa & jumpa lagi. Terima kasih kerna beri sedikit waktu menjengguk mama, moga mendapat manfaat sesama kita .............amin.

Wednesday, 14 December 2011
Asalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh............
Salam kenalan kepada yang jengguk paparan ni.............bukan apa sy cuma berkongsi cerita je kalau-kalau ada yg minat. Saya cuma mencari bahagia di penghujung hidup ini, bukan apa cuma ingin berpesan pada semua dan diri sendiri agar hidup yg kita lalui selama ini mendapat keredaan ILLAHI. Setelah menempuh laluan berliku dan ranjau sepanjang perjalanan pekerjaan yg lalu sebagai anggota keselamatan, memelihara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi negara, bangsa dan agama, kini sy telah bersara wajib.
Betul juga kata orang 'alah bisa tegal biasa' . Setelah 34 tahun dididik dilatih bagi mengenali selok belok tugas yg memerlukan perhatian dan ketahan fizikal dan mental waduuh kena le kita buat kerja betul betul dengan sepenuh jiwa. Yang mana sehingga ke penghujung usia pun masih mampu melatih diri dengan disiplin yg dipelajari........setiap yg dilakukan perlu peraturan jadi terbawa-bawalah sikap itu sehingga kini sudah menjadi tabiat kata orang. Ya dalam hidup kena berdisplin kalau tidak kucar kacir jadi nya. Kena ada perancangan atau planning kata orang barat ' If You fail to plan, You are planning to Fail'
Walaupun diusia senja, syukur ke hadrat ILLAHI kerna dikurniakan cayahamata putra dan putriku yg berjaya
dalam alam persekolahan dan pekerjaan. Syukur alhamdullillah..... Untuk apa lagi dicari diusia senja ini ....hanya yg ku inginkan adalah untuk ke Rumah Mu ya ALLAH dan menhabiskan sisa sisa hidup dikellilingi cucu-cucu yg tercinta. Sy mencari bahagia......ya bahagia akan dirasai jika hati tenang dan sentiasa berfikiran positif. Sy ingin berpesan bila melakukan sesuatu pekerjaan itu lakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, agar apa yang kita perolehi hasilnya dipenhujung hari itu membuat kita senyum.
Salam perpisahan, sehingga disini sy mendoakan kebahgiaan buat semua, SALAM SAYANG.

Sunday, 11 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)